Wednesday, 16 January 2013

Kulit: Vitamin Terbaik untuk Kulit




vitamin memberikan pelbagai kebaikan untuk kulit seperti membantu ia kuat dan sihat dan juga melindunginya dari masalah atau keadaan yang boleh membahayakan kulit kita. makanan tambahan vitamin seperti vitamin C, E, A dan Zink adalah diantara nutrien terbaik untuk kulit. Kesemuanya ini boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan. cuma tambahkan makanan ini kedalam diet anda.

vitamin C

vitamin C adalah nutrien anti oksida, penting untuk melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas. Mengikut Medline Plus, vitamin C adalah penting untuk membantu badan menghasilkan kolagen, iaitu protein yang digunakan untuk menghasilkan kulit. Mlangnya, mengambilan dengan kadar yang sedikit boleh menjadikan kulit kasar dan bersisik.

Vitamin E

Vitamin E juga merupakan anti oksida, penting untuk menghalang dari radikal bebas merosakkan kulit. University of Maryland Medical Center mengatakan radikal bebas boleh memainkan peranan dalam penuaan yang berkemungkinan boleh menyebabkan kulit yang mengendur. Vitamin E juga penting untuk menjadikan kulit sentiasa lembap, sekaligus memelihara kulit dari menjadi kering dan rosak.

Zink

Zink juga adalah anti oksida  yang membantu secara efektif memusnahkan radikal bebas dan melindungi kulit daripada rosak. Menurut Universiti Maryland, zink dapat melindungi kulit  dengan memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan. kekurangan zink boleh menyebabkan masalah kulit seperti acne atau atopic dermatitis.

Vitamin A

Vitamin A bertanggungjawap dalam membantu penghasilan dan membaiki kulit anda. Medline Plus mengatakan vitamin A merupakan antioksida yang efektif menjaga dan melindungi kulit dari radikal bebas

References
MedlinePlus: Vitamin A
University of Maryland Medical Center (UMMC): Zinc; Steven D. Ehrlich; 2009
University of Maryland Medical Center (UMMC): Vitamin C (Ascorbic Acid); Steven D. Ehrlich; 2009
University of Maryland Medical Center (UMMC): Vitamin E; Steven D. Ehrlich; 2009
MedlinePlus: Vitamin E
http://www.livestrong.com/article/423340-what-are-the-benefits-of-vitamins-for-skin/#ixzz2I9lqbgP8