Monday, 14 January 2013

Diabetes: Soya membantu pesakit diabetes

http://smartypantsvitamins.com/wp-content/uploads/2012/06/type-2-diabetes-boy-cartoon-598x4141.jpeg



ramai yang tak tahu betapa pentingnya protein untuk badan kita terutama kepada yang ada penyakit kencing manis atau diabetes. Diabetes ni adalah penyakit yang tidak berjangkit dan disebabkan oleh diet yang tidak sihat dan memakan makanan yang mempunyai kandungan glukosa (gula) yang tinggi. Diet tanpa kawalan boleh menyebabkan komplikasi seperti obesiti dan ketidakupayaan badan untuk menyembuh jika luka dan/atau terkena jangkitan.

jadi, jangan lah terlalu selesa dengan kehidupan sekarang dimana Malaysia ni terkenal dan di iktiraf antara tempat yang menyediakan makan yang sedap di dunia.

http://www.venusbuzz.com/wp-content/uploads/Diabetes.jpg
berbalik kepada fungsi protein kepada badan kita, pemakanan protein tambahan boleh meningkatkan keupayaan badan untuk:
1. antibodi untuk melawan penyakit
2. enzim untuk mencernakan makanan
3. pengecutan otot
4. sokongan tisu pengantara
5. hormon-hormon (seperti insulin yang mengatur metabolisme glukosa dengan mengawal kepekatan gula darah)

Energizing Soy Protein (ESP) adalah sumber protein tambahan dari tumbuhan soya tanpa mengubah struktur genetik asli soya tersebut, atau secara saintifik, di panggil sebagai non- Genetically Modified Organic (GMO). Soya yang dibekalkan oleh Shaklee ini adalah 100% asli dan merupakan satu satunya syarikat yang mengeluarkan soya non GMO. GMO berkemungkinan merbahaya kepada manusia kerana pelbagai ujikaji termasuk mengunakan bahan kimia untuk menghasilkan soya mengikut fungsi dan kegunaan.

Apa yang bagus dengan ESP ni?
Untuk kebaikan pesakit diabetes dan juga kebaikan bersama, ESP merupakan hidangan yang mempunyai Indek Glisemik yang rendah. Glisemik yang tinggi menghasilkan tenaga yang mudah cerna dalam masa yang singkat. Jadi, dengan glisemik yang rendah, penjanaan tenaga adalah secara berperingkat dan lama memberikan kesan yang positif kepada badan. Badan akan sentiasa rasa bertenaga sepanjang hari tanpa makan. ESP mempunyai indeks glisemik pada kadar 39 GI, setaraf dgn sebiji buah apple.

tenaga yang diberikan oleh ESP ini dapat kekal dalam tempoh yang lama dan juga mengekalkan kandungan glukosa dalam darah. jadi, ESP sangat sesuai untuk pesakit diabetes yang inginkan tenaga tambahan tanpa risau masalah gula dalam darah.

http://www.celikvitamin.com/wp-content/uploads/2012/10/Kebaikan-ESP.jpg

Apa bezanya Shaklee ESP?
Shaklee ESP membekalkan asid amino lengkap untuk badan termasuk 9 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Protein soya diproses mempunyai kualiti yang terbaik. Secara semulajadi, soya adalah bebas laktosa dimana orang yang mempunyai alergik kepada laktosa boleh mengambil ESP sebagai alternatif kepada susu. Soya juga adalah bebas dari kolestrol dan juga boleh mengurangkan kolestrol yang tidak baik untuk badan. seperti mana yang diterangkan diatas, soya yang digunakan oleh Shaklee hanya soya yang ditumbuh secara semulajadi dan non GMO.